Tidak Cantik = Rendah diri dan jarang disukai orang.
Cantik = Berkeyakinan, terkenal dan disukai banyak orang
Itulah sekelumit formula yang ada dalam
fikiran wanita. Sebuah formula yang simple namun amat berbahaya. Dari
manakah asal muasal formula ini? Mungkin dari media mahupun pandangan
masyarakat yang telah diracuni bahawa, kecantikan hanya terbatas pada
luaran sahaja. Yang cantik adalah yang berkulit putih, tinggi, hidung
mancung, bibir merah dan sebagainya.
Akibatnya banyak kaum hawa yang ingin
kelihatan cantik seperti yang digambarkan. Mereka tergoda untuk membeli
kosmetik yang dapat mewujudkan mimpi-mimpi. Mereka lalai tentang syariat
yang telah mengatur batasan-batasan untuk tampil cantik.
Mereka ingin kelihatan secantik model
dan bintang filem. Perkataan cantik telah disalah erti sedemikian rupa
oleh media, sehingga menukarkan hakikat cantik yang sebenarnya. Mereka
sibuk mencalit bedak pada kulit tanpa peduli pada hati mereka yang kian
gersang.
Tujuannya?
Jelas, untuk menambah deretan peminat
dan agar lebih mudah mencari pasangan hidup. Alangkah naifnya. Fakta
menunjukkan perkahwinan yang berjaya adalah bukan dari wanita yang
cantik tetapi, dan kebanyakkan perkahwinan yang berakhir ditengah jalan
adalah dari wanita-wanita yang cantik. Jadi, kaitan antara cantik dan
kejayaan hidup!
Orang yang berjaya dalam perkahwinan,
walaupun tidak cantik tetapi keperibadiannya amat menyenangkan. Mereka
tidak hanya fokus pada luaran sahaja tetapi mereka lebih peduli pada
‘recovery’ iman yang nampak jelas dalam sikap dan prinsip hidup mereka,
kukuh tidak goyah. Pun, jika ada yang berwajah elok, mereka
menutupinya supaya kecantikannya tidak menjadi fitnah dan hanya
dipersembahkan untuk suami sahaja
prinsip hidup mereka, bersyukur pada
apa yang telah Allah berikan tanpa meminta lebih lagi. Ridha dengan
bentuk tubuh dan wajah yang dianugerahkan Allah. Kerana inilah bentuk
terbaik menurut-Nya, bukan menurut fikiran dangkal kita. Kalau kita
boleh memilih, mempunyai wajah dan keperibadian yang cantik itu memang
lebih baik, tetapi tidak semua orang dianugerahkan seperti itu. Itulah
maha keadilan Allah, ada kelebihan dan kekurangan pada diri setiap
orang.
Dan satu perkara yang pasti,
Tingkahlaku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka. Jika kita rajin
menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang
kita miliki. Begitu juga yang terjadi pada wanita-wanita yang terpaku
pada kecantikan fizik semata-mata.
“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).
Hadist diatas dijelaskan oleh Syaikh
Ibnu Baz bahwa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan
seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya
sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana
petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya
dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.
Apalah gunanya cantik
tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan
rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu
sahaja.
Ada yang lebih cantik dihadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.
Faham Syari’at = CANTIK
Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!
Bagaimana? setuju?
“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)
Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.
0 komentar:
Posting Komentar