Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa
memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak
pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan;
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya
Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,“Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titisan air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”
Cinta sejati adalah ketika dia
mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata:
aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan
sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat
tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu bermula dari mata,
sedangkan rasa suka bermula dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti
menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tetapi apabila kamu
cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu akan berubah
menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati dalam jarak waktu yang
cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang
masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan
kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan
kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada
orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , akhirnya kita
terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan didada kita itu sekarang selagi
ada hayatnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan
itu.
Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula), dan wanita yangg baik untuk lelaki yangg baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula)…” (QS. An-Nur: 26)
Yakinlah, janji Allah Maha Benar…
Bila anda baik, insyaAlah akan mendapat pasangan yg baik.
Asal dengan ikhtiar dan tawakkal kepada-Nya.
Bila kasih tak sampai, jangan pula seperti punguk merindu bulan
Bila cinta tak berkait, jangan duduk berangan-angan
Walau jodoh sudah ditakdirkan, ia tidak akan datang sendiri.
Bila ia sudah nampak, jangan biarkan ia pergi..
0 komentar:
Posting Komentar